Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya dah suci dari darah nifas lebih 15 hari. Kemudian dah period. Saya period 6 hari. Sekarang hari ke 14 dari first day period ada darah keluar lagi. Itu dikira darah apa ye?
Jawapan
Seperti yang sedia maklum bahawa darah nifas adalah darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan bayi. Ia biasanya berlaku dalam tempoh selepas bersalin. Tempoh minimum nifas adalah sekelip mata (لَحْظَةٌ). Namun dalam hal-hal tertentu boleh berterusan hingga beberapa hari dan biasanya 40 hari. Manakala tempoh maksimumnya pula ialah 60 hari.
Terdapat empat syarat-syarat nifas:
Merujuk kepada situasi puan, tempoh suci dari darah haid adalah lebih 15 hari, maka darah yang datang setelah 15 hari suci itu dihukumkan sebagai darah haid.
Umumnya, tempoh darah haid paling maksimum adalah 15 hari, maka darah yang keluar pada hari ke-14 masih dihukumkan sebagai darah haid. Namun, apabila masuk hari ke 16, darah yang keluar pada hari tersebut adalah istihadhah.
Sekian, terima kasih.