BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu alaykum.

Saya seorang OKU berkerusi roda. Surau di kariah saya tidak mempunyai akses ke ruang utama solat untuk pengguna kerusi roda. Walaubagaimanapun, terdapat ruang solat yang disediakan di sebelah luar yang dipisahkan oleh pintu cermin. Diruang inilah saya mengikuti solat secara berjemaah. Ruang utama solat adalah berhawa dingin. Oleh kerana itu, cermin pintu sentiasa bertutup untuk tidak merosakkan penghawa dingin atau mungkin sebab-sebab yang lain.

Soalan saya, apakah hukumnya solat berjemaah saya? Adakah saya mendapat ganjaran solat berjemaah atau pun saya terputus dari saf? Pendapat yang saya pernah baca dan diberitahu adalah, pintu cermin yang memisahkan ruang utama solat dengan ruang solat luar (tempat saya mengikuti solat berjemaah) hendaklah dibuka sedikit sekadar seseorang boleh melaluinya untuk saya mendapat ganjaran solat berjemaah. Adakah pendapat ini benar dan tiada kekhilafan tentangnya? Apa pula hukumnya untuk jemaah wanita yang bersolat diruang solat utama tapi terpisah oleh tirai yang tertutup rapat?
 

Segala pendapat pihak tuan amatlah dihargai dan terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, solat berjemaah puan dikira sah dan mendapat fadilat berjemaah sekalipun pintu yang menyambungkan ke dewan solat utama surau itu tertutup, dengan syarat ia tidak dikunci. Di samping itu, perlu dipastikan pintu cermin itu tidak menghalang puan dari melihat atau mengetahui pergerakan imam.

Adapun hukum yang berkaitan dengan tirai yang tertutup rapat di surau, terdapat dua syarat penting: 

1) Musyahadah (dapat melihat imam). oleh itu, tirai hendaklah nipis atau dibuka sedikit.

2) Istitraq (boleh sampai kepada imam) tanpa membelakangkan kiblat. Oleh itu, tirai tersebut hendaklah terdapat belahan yang boleh ditembusi atau dilalui oleh makmum untuk pergi ke arah imam.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image