BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..ustaz dan ustazah.. Salam Ramadhan.. Saya ada persoalan untuk menambahkan pengetahuan saya tentang haid sebb sering berlaku kepada saya. Saya mengalami haid yang tidak teratur. Bulan januari saya haid tapi bulan februari saya tidak haid..Masuk bulan mac pd 3hb terdapat cecair keruh dan kuantiti yang sangat sedikit keluar daripada faraj sehingga 13hb, pada 14hb keluar darah yang gelap sehingga ke hari ini 18hb dan darah semakin banyak seperti haid tanpa tiada tanda untuk berhenti.. Saya musykil adakah pada awalnya hanyalah darah istihadah? Dan adakah saya patut mandi wajib dan terus berpuasa atau saya masih dalam keadaan haid...mintak pertolongan daripada ustaz dan ustazah dalam kes saya ini... terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tempoh maksimum bagi kitaran haid adalah 15 hari 15 malam. Manakala tempoh minimumnya adalah sehari semalam (24 jam). Secara asasnya, darah yang keluar berterusan melebihi tempoh maksimum haid menunjukkan berlakunya percampuran antara darah haid dan darah istihadhah. Kaedah umum adalah dengan melihat tempoh maksimum haid iaitu 15 hari 15 malam. Sebagai contoh, 3/3 hingga 17/3 adalah dianggap sebagai haid, manakala darah yang selebihnya adalah darah istihadhah, bermakna bermula tarikh 18/3 adalah tempoh suci sehingga tempoh minimum suci iaitu 15 hari 15 malam. Sekiranya darah yang keluar melebihi tempoh 15 hari itu boleh dikenalpasti perbezaannya, maka boleh dikenal pasti dengan dua kaedah, iaitu:

  1. Kaedah tamyiz (membezakan) jenis darah dengan menentukan darah yang kuat dan lemah melalui perbezaan warna darah tersebut. Darah kuat dianggap sebagai darah haid sebaliknya darah lemah adalah darah istihadah. Sebagai contoh: pada 3/3 hingga 13/3 darah yang keluar tersebut adalah lemah seperti berwarna keruh maka ia dianggap sebagai darah istihadhah. Manakala darah yang keluar pada 14/3 jika warnanya lebih kuat seperti berwarna hitam maka ia merupakan darah haid. Oleh itu, tempoh haid Puan bermula pada tarikh 14/3. Jika tidak dapat dibezakan darah tersebut maka perlu menggunakan kaedah yang kedua iaitu kaedah adat.
  2. Kaedah adat. Kaedah ini adalah dengan melihat adat kebiasaan tempoh haid puan pada bulan sebelumnya. Sebagai contoh, tempoh kebiasaan haid adalah 11 hari, maka pada 3/3 hingga 13/3 adalah dianggap sebagai haid, manakala selebihnya hari berikut adalah suci sehingga tempoh suci kebiasaan puan atau sehingga tempoh minimum suci iaitu 15 hari 15 malam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 26

message user image