BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, pada bulan mei ini saya akan berkahwin. Pada tahun 2017, saya pernah melakukan umrah dan ada kesalahan yang saya pernah lakukan. Jadi, saya ingin rujuk samada sama masih dalam ihram atau tidak?

Antara kesalahannya

  1. Tersentuh tangan dengan lelaki ketika tawaf sehingga berasa terangsang
  2.  Cuba mengemut kemaluan semasa tawaf umrah kedua
  3.  Lintasan hati yang menghina allah sehingga tersebut di mulut
  4. Masalah keputihan tapi tidak ingat adakah memakai pantyliner atau tidak


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada situasi yang dinyatakan, sekiranya perasaan teransang tersebut berupa syahwat yang kuat sehingga menyebabkan keluar mazi, maka terbatallah wuduk dan jika diteruskan juga maka umrahnya tidak sah.

Adapun berkaitan isu mengemut kemaluan dan lintasan hati menghina Allah tersebut dilihat tidak sewajarnya berlaku. Oleh itu, hendaklah segera beristighfar dan memohon taubat kepada Allah SWT dan tidak mengulangi lagi perbuatan sedemikian.

Manakala berkaitan masalah keputihan, seseorang wanita yang sentiasa keluar najis  keputihan ketika melaksanakan tawaf tidak perlu mengulangi wuduknya kerana ia dikira di luar kawalan dan dihukum seperti wanita istihadah. Namun, satu wuduk hanya sah untuk satu solat fardu/ tawaf fardu. 

 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 31

message user image