BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya seorang wanita berkahwin berusia 46 tahun. Saya ingin bertanya soalan mengenai darah yg keluar sikit demi sedikit berterusan berhari-hari. Mungkin ianya tanda haid atau tanda penyakit atau petanda pre-monopaus. Bolehkan saya terus berpuasa dan solat selagi darah itu tidak mengalir banyak atau tidak menitis. Darah itu sentiasa ada tidak kering tetapi tidak memerlukan saya memakai tuala wanita.

Sekian, dan mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

،الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa haid boleh dikenal pasti melalui tempoh (tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam manakala tempoh maksimum suci daripada haid adalah 15 hari) dan warna darah yang keluar.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu dikenal pasti warna dan tempoh darah tersebut keluar, sekiranya masih dalam tempoh 15 hari, maka ia dikira haid. Justeru, dalam tempoh tersebut tidak boleh solat mahupun berpuasa. Adapun begitu, disarankan juga dalam masa yang sama agar berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pengesahan mengenai tanda menopause tersebut.  

 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 38

message user image