BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya nak tanya. Kalau semasa membaca rukun qauli dalam solat berseorangan, boleh ke suara sekejap berbisik, sekejap suara kuat sikit dari berbisik tapi dengar bacaan pada telinga dalam satu ayat kerana nak menyebut sesuatu huruf dengan betul. Contohnya ayat ke-7 fatihah di baca mula2 berbisik kemudian baca kuat sedikit pada pertengahan ayat. Ataupun contoh lain, ayat pertama baca berbisik, kemudian ayat kedua baca kuat sedikit Dari berbisik. Adakah dibolehkan ataupun perlu selaraskan volume suara?

saya kerap berbuat sedemikian kerana mahu menyebut sesuatu huruf dengan betul sebab ada huruf bila berbisik tak dapat disebut dengan betul.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, rukun qauli mesti dilafazakan sekira-kira kadar suara dalam bacaan solat dapat didengari oleh diri sendiri sahaja. Hal ini disebutkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab al-Adhkar:

اعلم أن الأذكار المشروعة في الصلاة وغيرها، واجبةً كانت أو مستحبةً، لا يحسب شئ منها ولا يُعتدّ به حتى يتلفَّظَ به ‌بحيثُ ‌يُسمع ‌نفسَه إذا كان صحيح السمع لا عارض له

Maksudnya: Ketahuilah bahawa zikir yang disyariatkan dalam solat dan selain dari solat, sama ada yang wajib atau sunat, tidak dikira dan tidak diambil kira melainkan ia dilafazkan sekira-kira dirinya sendiri dapat mendengarnya, jika pendengarannya dalam keadaan baik tanpa ada sebarang halangan.

Justeru, perbuatan yang tuan lakukan dengan berbisik itu masih lagi dalam kadar suara yang didengari oleh diri sendiri dan bacaan cara tersebut masih dikira sah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image