Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi membaca, saya ingin bertanya, apakah hukum puasa sekiranya masukkan kapas ke dalam faraj untuk melihat sama ada haid sudah berhenti ataupun tidak pada siang hari
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, perbuatan memasukkan kapas ke dalam faraj dalam keadaan sedang berpuasa menyebabkan puasa tersebut menjadi batal. Ini kerana perbuatan tersebut dikira memasukkan sesuatu ke dalam kawasan yang melebihi had zahir bagi kemaluan (yakni had yang wajib dibersihkan).
Sekian, terima kasih.