Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanya berkaitan dengan solat,
Sewaktu sujd, saya dah sujud meletakkan kepala, selepas tu rasa ada rambut di dahi, disebabkan saya nak pasti sujud saya sah, saya angkat kepala sedikit dan selak rambut guna tangan, selepas itu disebabkan saya nak kurangkan pergerakan, tangan saya letak jatuh di bawah , dan dalam masa 2-3 saat, baru saya perbetulkan tangan mengikut posisi sujud.
Apa hukum mengangkat kepala disebabkan ingin menyempurnakan sujud disebabkan ada rambut, dan adakah pergerakan tersebut lebih 3 kali walaupun saya letak tangan di bawah selama 2-3 saat supaya tidak berlaku pergerakan secara berturut-turut?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, menurut Syeikh Muhammad Nawawi bin ‘Umar al-Jawi al-Syafi‘i mengatakan, sengaja menambah rukun fi‘li itu membatalkan solat, meskipun ia tidak dilakukan dalam kadar tamakninah; kerana ia ibarat hendak bermain-main dalam solat. Kemudian, ditambahkan beberapa pengikat sebelum betul-betul dihukum solat tersebut batal, iaitu:
Justeru, perbuatan yang tuan lakukan seperti mengangkat kepala tersebut boleh dikatakan sebagai perbuatan yang membatalkan solat kerana menambah sesuatu rukun fi'li dalam solat, sekiranya ia dilakukan tanpa sebarang sebab yang diiktiraf oleh syarak. Sebagai contoh, jika tuan menyakini bahawa rambut atau kopiah menutupi keseluruhan dahi atau kepala tuan ketika sujud maka ia dibenarkan mengangkat kepala dengan tujuan menyelak rambut itu, namun jika tidak maka tiada keperluan atau sebab yang membenarkan perbuatan tersebut. Hal ini kerana hukum sujud dengan bahagian dahi yang tidak tertutup oleh rambutnya itu maka sah sujudnya tetapi makruh kerana rambut yang menutup dahi itu bukan termasuk uzur.
Sekian, terima kasih.