BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan, boleh saya tanya 1 soalan? Hukum menghisap vape kan haram.. kalau company saya bekerja adalah kilang membuat flavour untuk makanan minuman dan sebagainya, tapi company tu jual jugak flavour untuk customer yg order flavour untuk vape jugak.. adakah itu pun dikira bersubahat? Sebab company kami hanya menjual flavour sahaja bukannya finished product utk vape tersebut? Mohon pendapat tuan, terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sebagaimana yang telah diputuskan dalam  Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 1/2016 yang bersidang pada 19 Januari 2016 memutuskan bahawa:

Penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap rokok elektronik dan vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan rokok elektronik dan vape.

Berdasarkan situasi di syarikat tuan, core business atau perniagaan utamanya adalah pengeluar bahan perasa untuk makanan dan minuman. Manakala untuk vape bukanlah keutamaan. Namun, harus diingat walau sekadar flavour, sedikit apatah lagi banyak tetap membawa kepada bersubahat dengan perkara maksiat dan ia dilarang, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Hal ini berdasarkan kaedah yang masyhur iaitu:

الإعانة على المحرم محرمة

Maksud: Kerjasama dalam perkara haram, hukumnya haram

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image