BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. Dua orang cucu beragama Islam tinggal bersama neneknya yang bukan Islam dan seorang ibu saudara yang telah memeluk Islam. Ayahnya masih hidup tetapi tidak dapat dikesan keberadaannya. Siapakah yang perlu membayar zakat fitrah bagi cucu-cucu tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, terdapat syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu mengeluarkan zakat fitrah dan di antaranya seseorang itu mestilah beragama Islam, mampu untuk mengeluarkan zakat fitrah dan masuknya waktu untuk mengeluarkan zakat. Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”

(Riwayat Muslim: 984)

Mengikut kepada situasi berkenaan, kewajipan zakat fitrah terletak kepada ibu saudaranya yang telah memeluk Islam.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 24

message user image