Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum, saya kerap lalu di kawasan masjid yang terdapat anjing berkeliaran, suatu hari saya tercium bawah selipar saya berbau seperti najis anjing tp tiada najis yg jelas di tapak tersebut hanya bau sahaja. Adakah saya perlu menyertu selipar tersebut atau mengendahkannya sahaja disebabkan ketidakpastian asal bau tersebut dtgnya dari mana. Jzakallahu khairan.
Jawapan
Kaedah fiqh menyatakan, الْيَقِنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ yang bermaksud “keyakinan tidak boleh dihilangkan oleh keraguan”. Oleh itu, jika kita yakin bahawa selipar itu suci sebelum kejadian tersebut, dan hanya tercium bau yang tidak pasti, maka kita boleh menganggap selipar tersebut tetap suci sehingga ada bukti yang jelas menunjukkan sebaliknya.
Dalam situasi ketidakpastian akan status najis yang dipijak sama ada najis anjing (mughallazah yakni berat) atau bukan, maka abaikanlah perkara tersebut. Diriwayatkan daripada Hasan bin Ali RA yang merupakan cucu kepada Rasulullah SAW, beliau berkata:
Maksudnya : Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu. (Riwayat al-Tirmizi)
Sekian, terima kasih.