BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, 

Saya Ingin menanyakan soalan kepada Tuan, 

Saya pelajar Uitm Shah Alam. Ibu bapa saya melawat saya di kampus dan membawa saya pulang  bersama mereka untuk makan angin di Terengganu. Sebelum kami bertolak ke Terengganu, kami sekeluarga telah bermalam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur selama 2 malam, iaitu kawasan luar mukim tempat saya bermastatutin iaitu Uitm Shah Alam tetap tidak melebihi lagi 2 marhalah jarak musaffir. Adakah penenapan saya di Bukit Bintang dikira sebagai bermusaffir dan adakah dibolehkan saya untuk solat jamak dan qasar walaupun, jarak saya bermusaffir masih belum mencapai 2 marhalah walhal destinasi akhir saya iaitu Terengganu keseluruhan jaraknya sudah melebihi 2 marhalah?

Penjelasan Tuan amat dihargai. 

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, berkenan dalil solat jamak ketika musafir, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْمَعُ بَيْنَ صَلاَةِ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ إِذَا كَانَ عَلَى ظَهْرِ سَيْرٍ، وَيَجْمَعُ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW menjama’kan solat Zuhur dengan Asar ketika perjalanan (yakni bermusafir) dan menjama’kan solat Maghrib dengan Isya’.”

Riwayat al-Bukhari (1056)

Terdapat tiga syarat sah solat musafir yakni jamak dan qasar berkaitan dengan perjalanan. Iaitu :

  1. Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. 
  2. Perjalanan yang tentu tempat tujuannya.
  3. Perjalanan tersebut tidak bertujuan maksiat.

Merujuk kepada soalan tersebut dan kenyataan pihak tuan, dibenarkan untuk solat jamak dan qasar ketika menginap di Bukit Bintang kerana telah bermula musafir daripada UiTM, Shah Alam ke Terengganu.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image