Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang puasa dan bayaran fidyah. Saya telah ganti puasa tetapi belum membayar fidyah. Adakah saya perlu ganti semula puasa pada tahun berikutnya atau bayar fidyah sahaja?
Jawapan
Berkenaan soalan di atas, puasa yang sudah diganti tidak perlu diganti semula buat kali kedua dan hanya perlu melunaskan bayaran fidyah.
Sekian, terima kasih.