Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya mengenai solat jamak qasar, memandangkan sekarang musim raya yang mana banyak bergerak beberapa tempat.
Situasinya :
1.Pada hari Ahad, saya dari Ipoh bergerak ke Muar, Johor.
2.Pada hari Isnin, dari Muar ke Kota Tinggi. Pada hari yang sama, dari Kota Tinggi ke Pasir Gudang dan malamnya balik ke Muar semula.
3.Pada selasa, kami bertolak dari Muar ke Seremban.
4.Dan akhir sekali pada hari Rabu dari Seremban ke Ipoh.
Soalannya :
Adakah saya boleh buat solat jamak qasar di semua tempat yang saya tujui ?
Jasa tuan/puan menjawab persoalan saya diakhiri dengan ucapan terima kasih.
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, permusafiran puan telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar antaranya;
Justeru, mengikut jadual yang telah puan terangkan maka dibolehkan sepanjang perjalanan tersebut melakukan solat jamak dan qasar atas dasar bermusafir dan tuan tidak berniat atau tidak menetap pada satu tempat itu selama 4 hari dan ke atas. Erti kata lain, puan berpindah-pindah dari satu destinasi ke satu destinasi lain tanpa menetap di suatu tempat selama 4 hari dan ke atas.
Sekian, terima kasih.