BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Perlukah saya mengulangi sembahyang witir yg di buat selepas Isyak,sedangkan saya sembahyang tahajud sebelum Suboh? Sekian.T.k.Wassallam.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan pandangan muktamad dalam mazhab Syafi'i, tuan tidak boleh melakukan solat witir kali kedua selepas menunaikan solat tahajjud. Justeru, dalam situasi ini, tuan tidak perlu mengulangi solat sunat witir jika telah dilakukan terlebih dahulu pada malam yang sama. Namun, adalah digalakkan untuk melewatkan solat witir hingga ke akhir solat malam jika tuan yakin akan bangun untuk menunaikan solat malam atau tahajjud pada malam tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 26

message user image