BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan:

Tuan Mufti, yang dimaksudkan dengan (projek dalam pelaksanaan) ialah projek yang masih dalam proses pembinaan atau pembangunan, seperti bangunan kediaman atau komersial yang sedang dibina, atau kilang yang belum memulakan pengeluaran sebenar.

Bagaimana zakat bagi projek-projek ini dikira? Adakah zakat dikenakan ke atas nilai pasaran semasa projek, atau hanya ke atas nilai bahan mentah dan stok yang ada di dalamnya?

Apakah garis panduan syariah yang digunakan untuk menentukan kadar zakat dalam kes ini? Dan adakah zakatnya perlu dibayar setiap tahun, atau hanya setelah projek itu siap?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, zakat merupakan salah satu rukun Islam yang kelima. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nur ayat ke 56 :

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ۝٥٦

Bermaksud : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat

Syarat-syarat bagi zakat adalah Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul. Bagi perkiraan zakat terhadap sebuah projek boleh diukur apabila projek tersebut siap dibina dan telah dijual. Hasil jualan tersebut akan dibuat kiraan bagi zakat yang dikenakan. Bagi panduan syariah untuk menentukan kadar yang tepat bagi sesebuah projek, boleh hubungi kaunter zakat Lembaga Zakat Selangor yang berhampiran jika bermastautin dalam negeri Selangor.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image