BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

saya ingin bertanya kepada yang lebih arif berkenaan ini. 

Saya datang haidh pada 8 mac 2025 ( hari ke 7 di dalam bulan ramadhan). akan tetapi haid saya masih belum berhenti. khamis 20 mac 2025 , saya telah ke klinik dan doctor memberikan saya ubat behenti darah.

pada hari sabtu 22 mac 2025, saya telah kembali berpuasa dan ahad 23 mac 2025 kerana haid sudah tiada. tetapi jika saya membuang air kecil, akan beserta lendiran darah halus sedikit2 keluar bersama ketika itu. adakah puasa saya tidak diterima ?

dan sekarang 24 mac 2025, saya kembali datang haidh selepas saya bersama dengan suami saya . hari ni sudah dikira hari yang ke 17 kalu mula datang tarikh 8 mac 2025.

saya jugak tidak pasti kenapa tidak behenti kerana ini pertama kali berlaku. dan saya jugak tidak pasti darah ini darah haid atau darah istihadah. untuk makluman, saya hanya makan ubat pada hari jumaat dan tidak lagi mengambilnya setelah behenti dan berpuasa pada hari sabtu akan tetapi saya perlu memakannya sehingga 5 hari berturut2.

adakah saya boleh berpuasa atau tidak ?

 

sekain terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, berdasarkan situasi yang diceritakan, kesemua darah yang keluar bermula 8 Mac hingga 22 Mac adalah haid. Kemudian,darah telah berhenti pada hari ke-15 iaitu pada 22 Mac dan kedatangan darah pada hari yang ke-17 dianggap sebagai istihadah kerana telah melepasi hari ke-15. Oleh itu, puan perlu mencukupkan bilangan sekurang-kurang suci selama 15 hari daripada hari terakhir haid sebelum menghukumkan darah berikutnya sebagai haid yang baru.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 35

message user image