BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz 

Bolehkah saya menunaikan solat tasbih dengan dua salam (2 rakaat Dan 2 rakaat) 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menurut Imam al-Ramli di dalam Nihayah al-Muhtaj menyatakan bahawa: 

وصلاة التسبيح مرة كل يوم، وإلا فجمعة، وإلا فشهر، وإلا فسنة، وإلا فمرة في العمر، وهي أربع بتسليمة وهو الأحسن نهارا، أو بتسليمتين وهو الأحسن ليلا كما في الإحياء

Maksudnya: Solat tasbih dilakukan sekali setiap hari, jika tidak mampu maka sekali seminggu (pada hari Jumaat), jika tidak maka sekali sebulan, jika tidak maka sekali setahun, dan jika tidak mampu juga maka sekali seumur hidup. Ia terdiri daripada empat rakaat dengan satu salam – dan ini adalah yang terbaik dilakukan pada waktu siang. Atau boleh juga dilakukan dengan dua salam – dan ini adalah yang terbaik dilakukan pada waktu malam, sebagaimana disebutkan dalam kitab Ihya'. 

Justeru, solat sunat tasbih sebaiknya dilakukan empat rakaat dengan satu salam pada waktu siang dan empat rakaat 2 salam ( dua rakaat dan dua rakaat) dilakukan pada waktu malam. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 15

message user image