BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt. Boleh atau tidak waris menggunakan wang sumbangan kematian atau wang khairat kematian untuk membayar hutang arwah/si mati? Arwah ada meninggalkan harta dan wang simpanan, tetapi memandangkan wang sumbangan kematian atau wang khairat kematian tersebut berlebihan, adakah boleh wang tersebut digunakan bagi membayar dan melunaskan hutang arwah/si mati?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, waris boleh menggunakan lebihan wang sumbangan kematian atau lebihan wang khairat kematian untuk membayar hutang si mati walaupun si mati ada meninggalkan harta dan wang simpanan semasa kematiannya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image