BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan..

Saya ingin menanya berkenaan zakat fitrah. Saya sekeluarga menetap di selangor sebelum saya berpindah (seorang sahaja) ke Kelantan kerana bekerja. Manakala keluarga masih di Selangor. Jadi saya ingin tahu, untuk bayar zakat fitrah saya perlu ikut kadar fitrah negeri mana..Selangor atau Kelantan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Zakat fitrah turut dinamakan sebagai zakat badan. Atas dasar itu, pembayaran zakat fitrah perlu dilakukan di tempat di mana tuan berada ketika masuk waktu wajibnya membayar zakat fitrah iaitu apabila terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan, iaitu bermulanya 1 Syawwal.  Manakala bayaran zakat fitrah pada awal Ramadhan dan sebelum masuk hari raya hukumnya adalah harus. Oleh itu, seseorang itu dituntut bayar zakat di mana dia berada pada malam hari raya. Sekiranya tuan berada di Kelantan ketika ingin membayar zakat fitrah pada malam Hari Raya, maka tuan perlu membayar di Kelantan mengikut kadar yang ditetapkan di Kelantan. Namun, sekiranya berada di Selangor pada malam Hari Raya, maka tuan perlu membayar di Selangor mengikut kadar yang ditetapkan di Selangor. 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 36

message user image