Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz, datuk saya (bapa kepada bapa saya) telah berkahwin dua kali. Kali pertama dengan nenek kandung saya (ibu kepada bapa saya) dan setelah nenek kandung saya meninggal, datuk saya berkahwin dengan adik beradik nenek kandung saya itu dan mempunyai anak juga. Persoalannya, bolehkah saya bersalaman dengan ibu saudara (anak kepada datuk kandung dan nenek tiri) saya?
Sekian, mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan
Berdasarkan situasi yang diterangkan, tuan boleh bersalaman dengan makcik saudara hasil daripada nenek tiri. Ini kerana terdapat hubungan sebapa/sedatuk.
Sekian, terima kasih.