BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Ustaz, Adakah hari ke 14 selepas tamat haid(bersih) dikira haid apabila keluar tanda coklat seperti jem coklat??


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan yang diajukan, jika selepas hari  ke 14 tamat haid kemudian darah berhenti tidak sampai 24 jam maka darah yang keluar selepas hari ke 14 itu merupakan darah haid kerana masih berada dalam lingkungan 15 hari.

Tempoh haid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu minimum, maksimum dan kebiasaan. Tempoh minimum haid sehari semalam iaitu 24 jam, tempoh maksimum haid ialah 15 hari 15 malam dan kebiasaan haid adalah 6 atau 7 hari. Tempoh minimum suci antara dua haid ialah 15 hari,  maksimum suci antara dua haid ialah tiada had dan  tempoh suci kebiasaan haid ialah menyempurnakan baki sebulan selepas haid  iaitu 23 atau 24hari). Berikut merupakan jadual yang boleh dijadikan rujukan iaitu:-

Jadual Tempoh Haid dan Tempoh Suci

TEMPOH   HAID

TEMPOH SUCI ANTARA 2 HAID

Maksimum haid =15 hari 15 malam

Minimum suci haid = 15 hari

Kebiasaaan Hari = 6 / 7 hari

Kebiasaan suci = 24 /23 hari (menyempurnakan baki sebulan)

Minimum Haid = 24 jam (sehari semalam)

Maksimum Suci = Tiada Had

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image