Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya nak tanya, bab keputihan. saya dah lama ada masalah keputihan dan saya mmg akan basuh setiap kali utk solat fardhu.
1. sebelum ni saya taktahu dan kurang pasti sah atau tak solat saya. saya pernah suatu masa, saya nak keluar siang hari waktu dgn kawan² saya bersihkan dulu keputihan dan terus mengambil wuduk. bila dah keluar, kalau masih ada wuduk saya terus solat zohor/asar tanpa ke tandas dahulu. atau kalau dah terbatal wuduk, sy hanya akn ambil wuduk semula tanpa bersihkan/ cek dahulu keputihan ada atau tak. sbb saya faham, setiap kali bersihkan boleh guna utk satu solat fardhu. baru² ni, saya ada bertanyakn soal ni dkt org yg ahli. katanya tak sah. betulke? kalau ya, adakah saya perlu qadha semua solat saya yang sebelum ni?
2. saya ada baca di laman web mufti bab keputihan ni, katanya perlu pakai pelapik/pantyliner setiap kali nak solat supaya tak mengalir. akhir² ni saya dapat tahu rupanya bila selalu guna pantyliner tak elok untuk kesihatan + boleh menyebabkan keputihan bertambah teruk. jadi selepas tu saya hanya tukar seluar dalam yg bersih setiap kali solat tanpa menggunakan pelapik/pantyliner. adakah dibolehkan @ sah?
mohon pencerahan ustaz
Jawapan
Menurut Imam al-Shafi'i dalam kitab al-Umm, setiap kencing, mazi, wadi atau sesuatu yang tidak diketahui atau diketahui yang keluar daripada kemaluan, maka semua hukumnya najis kecuali air mani. Ini bermakna sekiranya cairan keputihan datang daripada dalam faraj selain air mani, maka statusnya najis.
Oleh itu, keputihan/ darah istihadah adalah najis dan membatalkan wuduk kerana ia keluar daripada had batin faraj (tempat yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak). Wanita yang mengalami masalah keluar keputihan/ istihadah disebut sebagai daim al-hadath. Kaedah serta hukum wuduk bagi wanita yang menghadapi masalah ini adalah seperti berikut:
Merujuk kepada persoalan puan,
1. Sekiranya puan ambil maklum bahawa puan mengalami masalah keputihan, puan perlulah melakukan memeriksaan bagi setiap kali mendirikan solat fardu. Jika puan yakin kewujudan najis keputihan, kerana kebiasaan keputihan memang keluar, maka solat terdahulu adalah tidak sah dan perlu diganti.
2. Memakai panty liner adalah salah satu cara untuk menjaga kebersihan dalam solat bagi wanita yang mengalami keputihan. Puan boleh mengambil alternatif lain yang bersesuaian termasuklah menukar seluar dalam setiap kali solat sebagai usaha untuk menjaga kebersihan dan kesahan solat.
Sekian, terima kasih.