BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum, saya ada pertanyaan mengenai haid dan istihadah.

isteri saya telah haid selama 1-5 hari. Darahnya berenti pada hari kelima. pada hari keenam kami bersama. Nak dijadikan cerita, setelah 7 hari kami bersama semula dan kemaluan isteri saya berdarah semasa bersama.

 

setelah pendarahan berhenti malam itu, dia beribadah seperi biasa namun pendarahan masih berterusan selama 3 hari dan isteri saya mencirikan darah tersebut seperti darah haid kerana mengandungi darah dan tisu. 

 

pertanyaan saya, adakah itu haid ataupun darah istihadah. Mohon jawapan bagi kemusykilan kami. Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, sebanyak-banyak tempoh haid adalah 15 hari 15 malam. Darah yang cukup sehari semalam dan tidak melebihi 15 hari 15 malam , ia keluar dalam waktu yang boleh didatangi haid (Imkan al-haid). Merujuk kepada persoalan, darah yang keluar semula pada 3 hari tersebut mengikut pengiraan masih dalam tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam, jadi, kesemua darah tersebut adalah haid. Adapun perbuatan bersama ketika itu dimaafkan kerana tuan tidak tahu bahawa dia sedang haid.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image