BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya. Saya telah mengalami haid pada 26 Februari 2025 dan pada pada 8 mac saya mandi wajib kerana saya sangkakan sudah bersih. Tetapi pada 9 mac ada spot coklat sekali pada waktu zohor dan setelah itu sudah bersih sehingga 10 mac waktu terawih saya mendapati ada sedikit darah bercampur keputihan. Pada 11 mac saya mendapati sudah bersih dan saya mandi wajib akan tetapi pada saya mengalami keputihan tetapi ada sangat sedikit warna darah.setelah saya bau. Ia tidak mempunyai bau darah. 

Saya juga mempunyai penyakit fibroid dan cyst di rahim. Saya juga sering mengalami darah sedikit yg bercampur keputihan.

Adakah saya perlu mandi wajib dan solat. 

Terima kasih

Mohon doakan agar saya pulih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, 11 hari pertama darah yang keluar adalah darah haid. Saudari hendaklah terus mandi wajib dan solat sekiranya meyakini telah suci dan dapat dipastikan darah haid telah berhenti. Tidak boleh menunggu sehingga hari yang berikutnya untuk mandi wajib kerana kewajipan solat telah bermula. Walau bagaimanapun, sekiranya selepas daripada itu keluar darah coklat atau merah pada hari yang ke 12, 13 dan 14 (sebagaimana contoh yang diberikan dan masih dalam lingkungan 15 hari tempoh maksimum haid), maka sebaik sahaja darah itu keluar, saudari hendaklah berhenti daripada solat kerana ia dianggap sebagai darah haid (sekiranya mencukupi syarat keluar darah 24 jam).

Tempoh waktu pada hari yang ke 11, 12, 13 dan 14 yang mana darah tidak keluar dinamakan sebagai naqa'. Begitulah yang dilakukan setiap kali naqa' (mandi dan solat).

Dalam kes ini, waktu pada hari ke 11, 12, 13 dan 14 yang tidak keluar darah itu dikira sebagai tempoh haid. Solat atau puasa yang dilakukan pada tempoh tersebut adalah tidak sah, namun tetap mendapat pahala. Jika ia berlaku pada bulan Ramadhan, puasa itu wajib diqada'. Begitu juga sekiranya berlaku hubungan suami isteri pada tempoh tersebut, ia dimaafkan.

Seandainya darah yang keluar adalah berwarna kekuningan, hukumnya adalah sama dengan darah merah atau coklat. Ia juga dianggap sebagai darah haid, maka dilarang daripada mendirikan solat dan berpuasa pada masa itu. Walaupun tempoh naqa’ itu dikira haid, saudari tetap perlu mandi wajib pada hari ke-11 jika dapat dipastikan darah telah berhenti dan tidak boleh menunggu hingga hari ke-15.

Semoga saudari diberi kesembuhan dari apa-apa jenis penyakit.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image