BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..sy ad 2 pertanyaan

1..haid saya tidak menentu..sy prnh datang haid selama sebuln lebih..tapi selepas 15 hari saya solat..saya nak tanya ..bila waktu haid akan datang?

 

2..saya haid selama 6 hari..hari ke 7 smpai hari ke14 sy suci..hari 15 keluar coklat sikit..adakh hari ke 15 ini adalah period..dan bila waktu haid yang baru?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

Soalan pertama:

Darah yang keluar berterusan sehingga melebihi 15 hari merupakan darah yang bercampur antara haid dan istihadah. Terdapat 2 kaedah untuk menentukannya:
1. Tamyiz - Membezakan sifat darah. Darah yang kuat adalah haid manakala darah yang lemah adalah istihadah. Sebagai contoh, darah yang keluar adalah 10 hari merah, 20 hari kuning. Maka 10 hari pertama adalah haid, 20 hari berikutnya adalah istihadah. Haid yang baru boleh diambil kira jika darah telah berhenti, atau datang semula darah yang mempunyai sifat kuat.
2. Adat - sekiranya tidak dapat membezakan sifat darah. Seperti darah yang keluar selama 30 hari itu adalah satu sifat sahaja (30 merah), maka puan hendaklah melihat kepada adat haid dan suci pada bulan sebelumnya. Jika adat haid dan suci adalah (6 hari haid, 24 suci), maka kiraan haid dan istihadah pada bulan tersebut juga adalah seperti itu. Haid yang baru adalah pada hari ke-31.
*perlu diambil perhatian bahawa kiraan di atas adalah contoh sahaja. Puan perlu merujuk pada sifat darah puan atau adat puan yang sebenar.

Soalan kedua:
Terdapat 2 kemungkinan iaitu:
1. Sekiranya darah tersebut berhenti pada hari ke-15, maka kesemuanya bermula hari pertama hingga hari ke 15 (termasuk hari yang tidak keluar darah) dihukumkan sebagai haid. Justeru, ibadah solat, puasa yang dilakukan dalam tempoh suci adalah tidak sah. Sekiranya berlaku pada bulan Ramadhan, puasa tersebut perlu diganti.
2. Sekiranya darah tersebut keluar melebihi 15 hari. Maka berbalik kepada dua kaedah di atas iaitu sama ada tamyiz atau mengikut adat bulan lepas.
Berdasarkan kepada kenyataan puan, bahawa hari ke-15 adalah berwarna coklat, kebiasaannya jika darah berterusan, hari ke-16 dan seterusnya akan turut menjadi warna lemah. Maka jika begitu, haid puan adalah 6 hari pertama (merah), hari ke 7 hingga hari ke 14 adalah suci dan hari ke-15 dan darah lemah seterusnya (coklat) adalah istihadah. Darah haid yang akan datang boleh terjadi selepas hari ke 21 (selepas melepasi had minimum suci 15 hari).
 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image