Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz kalau ketika beristinjak air tidak sengaja termasuk ke dalam rongga kemaluan zakar adakah batal puasa sedangkan saya dah berjaga jaga dri benda ini terjadi
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya ketika beristinjak terdapat air basuhan yang memasuki rongga kemaluan zakar dengan tidak sengaja, maka ia dimaafkan dan tidak membatalkan puasa. Pada kebiasaannya, apabila seseorang itu beristinjak akan terdapat air yang mengenai lubang kemaluan zakar, ia tidak membatalkan puasa kerana sukar untuk air masuk ke dalam rongga kemaluan zakar. Tambahan pula, sukar untuk beristinjak tanpa terkena air pada kemaluan zakar.
Sekian, terima kasih.