BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya, sewaktu solat, saya merasakan terdapat sedikit air kencing keluar sewaktu saya sujud, dan pada masa yang sama seluar dalam saya kering, baju pada bahagian dalam saya basah, dan seluar saya kering, baju luar saya juga basah, adakah najis tersebut berpindah sehingga ke baju luar kerana apabila saya mengamati, seluar saya lama kelamaan menjadi lembab, dan jika ia berpindah bagaimana dengan keadaan najis tersebut untuk disucikan jika telah berpindah dari tempat ke tempat yang lain..... Sekiang dari saya terima kasih, Assalamualaikum 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, dalam situasi ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan:

1) Penentuan kewujudan najis

  • Jika diyakini terdapat air kencing keluar sewaktu sujud, maka ia dikira najis dan perlu disucikan.
  • Namun, jika hanya sekadar was-was atau perasaan tanpa bukti jelas, ia tidak perlu diambil kira berdasarkan kaedah fiqh:

        اليقين لا يزول بالشك 

         Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

2) Pindahan najis

  • Sesuatu najis hanya berpindah sekiranya terdapat kesan basah antara permukaan yang terkena najis dengan permukaan lain.
  • Dalam situasi yang dinyatakan, seluar dalam kering, seluar luar kering, tetapi baju dalam dan baju luar basah. Ini menunjukkan kemungkinan baju menjadi basah bukan kerana najis, tetapi kerana faktor lain seperti peluh atau kelembapan.
  • Sekiranya terdapat najis pada satu bahagian pakaian tetapi bahagian lain tidak basah secara bersambung dengannya, maka najis tidak berpindah.

3) Kaedah penyucian

  • Jika diyakini terdapat  najis yang terkena pada pakaian, bahagian yang terkena sahaja perlu dibasuh dengan air sehingga hilang rupa, bau, dan warna najis tersebut.
  • Tidak perlu mencuci keseluruhan pakaian atau semua pakaian lain yang telah disentuh, kecuali jika ada bukti jelas bahawa terdapat najis yang telah berpindah.

Sehubungan itu, jika air kencing benar-benar keluar dan terkena pakaian, hanya bahagian yang terkena perlu disucikan. Namun, jika tiada bukti jelas tentang najis berpindah, maka ia kekal suci. Jangan biarkan perasaan was-was mengganggu ibadah kita..

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11

message user image