BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Sy melahirkn bayi 30 jan 2025.  Selepas 40 hari sy bersih. Tetapi selepas 4 hari, ada sedikit stain darah dlm 2 hari, kemudian sy solat&puasa. Tapi selang sehari bersih ada darah lagi. 
 

adakah ini istihadah atau masih nifas? Dan sy perlu 60 hari atau sy perlu solat/puasa bila sudah bersih lagi


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, sebanyak-banyak tempoh nifas adalah 60 hari. Jika darah berhenti beberapa hari (kurang dari 15 hari) kemudian darah keluar semula ia masih dianggap sebagai darah nifas selagi ia tidak melebihi 60 hari tempoh maksimum nifas. Adapun begitu, jika darah telah berhenti hendaklah mandi wajib, solat dan puasa tanpa menunggu cukup 60 hari. 

Dalam kitab Raudhah al-Talibin:

‌إِذَا ‌انْقَطَعَ ‌دَمُ ‌النُّفَسَاءِ، فَلَهُ حَالَانِ. أَحَدُهُمَا: أَنْ لَا يُجَاوِزَ سِتِّينَ، فَيُنْظَرُ، إِنْ لَمْ تَبْلُغْ مُدَّةُ النَّقَاءِ بَيْنَ الدَّمَيْنِ أَقَلَّ الطُّهْرِ، بِأَنْ رَأَتْ يَوْمًا دَمًا، وَيَوْمًا نَقَاءً، فَأَزْمِنَةُ الدَّمِ نِفَاسٌ قَطْعًا

Maksudnya: Apabila darah nifas berhenti, maka ia mempunyai dua keadaan. Keadaan yang pertama adalah ia tidak melebihi 60 hari. Oleh itu, perlu diperhatikan, jika tempoh naqa’ (darah berhenti) di antara dua darah itu tidak mencapai sekurang-kurang suci (15 hari) seperti dia melihat sehari darah sehari naqa’, maka semua tempoh masa keluar darah itu adalah nifas tanpa ada khilaf.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image