BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya berumur 49 thn ..tanda2 hendak monopos dah ada..terutama haid..kadang2 dtg haid 2 bln sekali..dalam jarak masa 6@7 hr.. kadang2 haid dtg tak berhenti2...sehingga melebihi 15 hr...

Soalan saya..

Haid saya hendak dikira yg 6 hari @15 hari

Terima kasih 

 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada solan yang diajukan, tempoh minimum haid adalah sehari semalam atau 24 jam dan tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam. Manakala had minimum tempoh suci adalah 15 hari.

Sekiranya darah yang keluar melebihi 15 hari, ini bermakna darah haid telah bercampur dengan darah istihadah. Terdapat 2 kaedah untuk menentukannya:
1. Tamyiz - Membezakan sifat darah. Darah yang kuat adalah haid, manakala darah yang lemah adalah istihadah. Sebagai contoh, darah yang keluar adalah 10 hari merah, 10 hari kuning. Maka 10 hari pertama adalah haid, 10 hari berikutnya adalah istihadah. Haid yang baru boleh diambil kira jika darah semula selepas 15 hari daripada telah berhenti, atau datang semula darah yang mempunyai sifat kuat.


2. Adat - sekiranya tidak dapat membezakan sifat darah. Seperti darah yang keluar selama 20 hari itu adalah satu sifat sahaja atau tidak sapat nak pastikan sifat darah tersebut, maka puan hendaklah melihat kepada adat haid pada bulan sebelumnya. Jika pada bulan atau kitaran haid sebelum itu adalah 6 hari, maka tempoh haid dikira selama 6 hari, dan yang lainnya adalah darah istihadhah. 

Perlu diambil perhatian bahawa kiraan di atas adalah contoh sahaja. Puan perlu merujuk pada sifat darah puan atau adat puan yang sebenar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image