Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Masih sah ke puasa saya kalau saya kencing berdarah walaupun saya sudah dapat period bulan ni
Jawapan
Ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka, termasuklah bahagian kemaluan depan dan belakang (qubul dan dubur) sehingga melebihi had batin.
Apabila keluarnya darah yang banyak daripada orang yang berpuasa disebabkan oleh luka atau selainnya, hukumnya sama seperti berbekam. Dan pendapat yang sahih daripada kalangan ahli ilmu ialah bahawa ia tidak membatalkan puasa. Ini juga merupakan pendapat tiga orang imam mazhab iaitu Imam Malik, al-Shafi’i dan Abu Hanifah. Mereka berhujah untuk pendapat ini berdasarkan hadith Riwayat Bukhari;
Maksudnya: Bahawa Nabi SAW telah berbekam ketika baginda dalam keadaan berihram, dan baginda juga berbekam ketika sedang berpuasa.
Oleh itu, kencing berdarah diqiaskan sama dengan perbuatan berbekam iaitu tidak membatalkan puasa
Sekian, terima kasih