BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Saya ingin mencari mana-mana tabung yang boleh dipercayai dan berdaftar @diikhtiraf oleh pihak kerajaan, yang membolehkan saya mencarum untuk pengurusan khairat kematian ke atas diri saya, dan memberikan sumbangan caruman tersebut kepada waris saya untuk menguruskan keseluruhan pengurusan jenazah sekiranya berlaku kematian, memandangkan saya hanyalah pemastautin di selangor tetapi orang berasal dari sabah. Sekian terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya, setiap komuniti muslim setempat mempunyai badan berautoriti yang mengendalikan amanah tabung khairat kematian bagi tujuan kebajikan ahli-ahlinya yang meninggal dunia misalnya perbelanjaan kelengkapan dan pengurusan jenazah, upah tukang mandi dan penggali kubur dan sebagainya. Justeru, sebaiknya adalah puan rujuk kepada kawasan setempat atau qaryah yang puan menetap seperti masjid atau surau yang berhampiran kerana ia merupakan salah satu pihak yang boleh dipercayai atau diiktiraf. Selain itu, puan juga boleh menjadi pencarum atau ahli bagi tabung khairat, atau mana-mana syarikat takaful yang berdaftar di Malaysia.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image