BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

saya ingin bertanya, jika basuh kemaluan untuk bersihkan keputihan dengan memasukkan air ke dalam kemaluan, adakah batal puasa? had rongga kemaluan sampai mana yg boleh batalkan puasa? maaf kerana sy sering mengalami keputihan yg berterusan sehingga sukar untuk menyucikan. adakah puasa sy batal?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Kemaluan hadapan dan belakang (qubul dan dubur) merupakan antara rongga yang terbuka. Had yang membatalkan puasa ialah apabila memasukkan sesuatu ke dalam had batin.

Merujuk kepada persoalan yang diajukan. kaedah membersihkan faraj adalah dengan duduk mencangkung dan apa yang terzahir daripada anggota badan itu semua dikira had zahir yang wajib dibasuh. Tidak perlu membasuh di bahagian yang tersembunyi sehingga memasukkan jari atau memasukkan air ke dalam rongga kerana ia akan membatalkan puasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image