BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum.

Saya nak tanya mengenai niat puasa ganti puasa fardhu. Boleh ke kita niat puasa ganti hanya berniat "Sahaja aku puasa ganti pada esok hari kerana Allah taala". Kita tahu sahaja nak ganti puasa ramadan esok cuma fardhunya tidak di sebut. Adakah puasa itu sah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Melafaz atau menetapkan “fardhu” di dalam niat puasa (puasa yang wajib) tidaklah  wajib mengikut pandangan yang muktamad di dalam mazhab al-Syafie kerana tidak berlaku kepada orang yang telah baligh dan berakal melainkan apa yang fardhu Sahaja. Dengan ibarah:

ولا تجب نية الفرضية على المعتمد لأنه لا يكون من البالغ العاقل إلا فرضا

(Rujuk al-Taqrirat al-Sadidat, 440)

Kesimpulannya, orang yang berpuasa dengan niat puasa ganti Ramadhan (puasa wajib) tanpa disebut ‘fardhu’ hukum puasanya sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image