Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Bulan Ramadhan ini, saya telah haid pada 10hb - 17hb. Saya mandi wajib pada 18hb setelah diyakini bersih. Pada 25hb pukul 2pm, saya didatangi haid semula. Apakah status puasa saya pada 18hb - 24hb? Dan adakah saya perlu berbuka pada 25hb?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, sebanyak-banyak tempoh haid adalah 15 hari 15 malam. Darah yang masih keluar melebihi tempoh maksimum haid merupakan darah yang bercampur antara darah haid dan istihadhah. Untuk menentukan darah haid dan istihadhah, terdapat dua kaedah iaitu:
Kaedah ini perlu lah diaplikasikan pada darah yang keluar pada 25hb, sekiranya telah ditentukan perbezaan darah haid dan istihadhah, maka semasa keadaan haid tidak sah puasa dan solat yang dilakukan. Sebaliknya, apabila istihadhah, hendaklah dia solat dan berpuasa seperti biasa.
Begitu juga jawapan bagi status puasa puan pada 18hb - 24hb, sekiranya 25hb merupakan haid pada tamyiz atau adat, maka status puasa puan pada hari 18-24hb adalah tidak sah dan perlu diganti kerana naqa' antara dua darah haid juga mengambil hukum haid. Sekiranya pada 25hb adalah darah istihadhah, status puasa puan pada hari-hari sebelumnya adalah sah.
Sekian, terima kasih.