Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum,
Dalam islam bagaimana jika kitaran haid tetap ialah 21 hari. Dan keluar Haid tetap hanya 10 hari. Maka tempoh bersih sebelum haid ke haid berikut adalah 11 hari. Adakah darah masih dikira istihadah? kerana ia adalah kitarannya tetap.
Dilampirkan saya kira.
PETUNJUK: | |||||||||||||||||||||||||||||||||
H | Kitaran Haid - Tandakan masa Haid | h | Haid betul - hari ke-16 kiraan bersih | S | Suci Murni / Tidak Haid / Bersih | I | Istihadah: | ||||||||||||||||||||||||||
HX | Istihadah pada kitaran | - hari ke-16 Haid | |||||||||||||||||||||||||||||||
M | Tak puasa | P | Ganti puasa | AX | TEMPOH AKHIR | - Tempoh Haid ke haid kurang 15 hari. | |||||||||||||||||||||||||||
2024 | |||||||||||||||||||||||||||||||||
1 | JAN | WED | THU | FRI | SAT | SUN | MON | TUE | WED | THU | FRI | SAT | SUN | MON | TUE | WED | THU | FRI | SAT | SUN | MON | TUE | WED | THU | FRI | SAT | SUN | MON | TUE | WED | THU | FRI | |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |||
H | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | A15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | H1 | |||||||||||
h | |||||||||||||||||||||||||||||||||
S | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | |||||||||||||||||||||
I | istihadah gap suci xcukup 15 hari | ||||||||||||||||||||||||||||||||
2 | FEB | SAT | SUN | MON | TUE | WED | THU | FRI | SAT | SUN | MON | TUE | WED | THU | FRI | SAT | SUN | MON | TUE | WED | THU | FRI | SAT | SUN | MON | TUE | WED | THU | FRI | ||||
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | ||||||
H | H2 | H3 | H4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | A15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | H1 | H2 | H3 | H4 | 5 | 6 | 7 | 8 | |||||
h | Haid | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | A15 | Haid | 1 | 2 | 3 | 4 | ||||||||||||
S | 13 | 14 | 15 | 16 | Suci | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | A15 | 16 | ||||||||||||
I | istihadah gap suci xcukup 15 hari |
adakah betul? Respon Tuan/Puan/Ustaz/Ustazah amat saya hargai. Terima Kasih.
Jawapan
Secara asasnya, tempoh minimum haid adalah 24 jam atau sehari semalam dan tempoh sebanyak-banyak haid adalah 15 hari 15 malam. Manakala tempoh minimum suci antara dua haid adalah 15 hari 15 malam.
Berdasarkan situasi yang diceritakan oleh puan dalam perbualan telefon antara pegawai jabatan mufti dengan puan, tempoh suci puan adalah tidak mencukupi syarat minimum suci, jadi ia memerlukan kepada tempoh menyempurnakan baki suci, dimana darah yang keluar semula dalam tempoh suci yang masih berbaki dianggap sebagai istihadhah. Perkara ini seperti dijelaskan dalam kitab majmu’ sharh al-Muhazzab:
Maksudnya: Jika dia melihat darah selama 3 hari, kemudian bersih 12 hari, kemudian 3 hari darah, kemudian berhenti, maka 3 hari pertama adalah haid kerana ia berada dalam masa yang boleh dihukumkan sebagai haid. Adapun 3 hari darah yang akhir adalah darah rosak. Tidak boleh dijadikan 3 hari yang akhir ini sebagai haid bersama 3 hari yang pertama serta apa yang berada di antara keduanya, kerana melepasi 15 hari dan tidak boleh juga dijadikannya sebagai haid yang kedua, kerana tidak didahului oleh sekurang-kurang tempoh suci.
Begitu juga, terdapat setengah bulan yang berlaku percampuran antara darah haid dan istihadah. Oleh itu, kaedah tamyiz atau adat perlu dilakukan. Maka hasil penelitian pihak kami, sebahagian bulan perlu menggunakan kaedah sempurnakan baki suci, manakala bulan berikutnya perlu menggunakan kaedah tamyiz dan begitulah seterusnya.
Isu yang dibangkitkan adalah tempoh suci antara dua darah adalah konsisten selama 10 atau 11 hari. Dan darah hanya keluar selama 8 atau 9 hari pada setiap bulan. Penanya juga menjelaskan bahawa sifat darahnya adalah seperti berikut iaitu 1-4 hari pertama berwarna hitam, hari ke 5-6 bersifat cair, manakala hari ke 7-8 bersifat coklat.
Kiraannya adalah seperti berikut:
10/1/2025 - 19/1/2025 - tempoh 9 hari adalah haid
20/1/2025 - 30/1/2025 - 10 hari tempoh suci
31/1/2025-7/2/2025 - darah keluar semula selama 8 hari. Jadi 5 hari pertama (31/1/2025 - 4/2/2025) adalah istihadhah bagi menyempurnakan baki suci, manakala darah yang keluar selebihnya dihukumkan sebagai darah haid yang baharu kerana darah tersebut keluar setelah cukup tempoh minimum suci (15 hari 15 malam). Ini menjadikan darah haid yang baru ini hanya 3 hari sahaja kerana darah telah berhenti selepas itu.
8/2/2025 - 18/2/2025 - tempoh 11 hari suci.
19/2/2025-26/2/2025- Darah yang keluar semula adalah masih dalam tempoh maksimum haid dan berterusan sehingga melebihi hari maksimum haid. Perkara ini menjadikan darah yang keluar adalah bercampur antara haid dan istihadah yang memerlukan kepada kaedah tamyiz sebagaimana dijelaskan di atas. Berdasarkan kepada sifat darah yang dijelaskan, darah yang keluar pada 31/1/2025 - 7/2/2025 dihukumkan sebagai darah istihadah, manakala 19/2/2025 - 26/2/2025 adalah haid.
Sekian, terima kasih.