BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustwz,saya nak tanya ,saya ada luka pada lutut dan diletakkan plaster ,lepastu plaster pada luka tertanggal dan plaster itu kena pada kulit yang tiada luka ketika solat,plaster tersebut ada kesan darah.saya rasa darah pada plaster itu sudah kering .jadi apa hukum solat saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, kesucian dari najis pada diri dan tempat ketika solat merupakan syarat sah solat. Justeru, diwajibkan baginya bersuci dari najis bagi menjaga kesahan solat tersebut dan darah merupakan salah satu dari unsur najis. Namun, mengikut situasi yang tuan alami adalah luka tersebut tidak ditutup atau ditahan dengan plaster maka perlu dilihat bahawa sekiranya jumlah darah yang keluar itu sedikit, maka ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan dan sah solat dengannya. Akan tetapi jika jumlah darah yang keluar adalah banyak, maka tidak sah solat dengannya kerana dikira menanggung najis. Manakala penentuan atau kayu ukur untuk menentukan najis itu banyak atau sedikit kembali semula kepada ‘uruf dan kebiasaan setempat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 31

message user image