Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
saya seorang penghantar barang dan pada hari itu saya telah menghantar daging babi tetapi daging babi tersebut di dalam plastik,saya tidak ingat sama ada plastik itu basah atau tidak begitu juga dengan tangan saya,saya tidak ingat tangan saya itu basah atau tidak,persoalannya adakah saya perlu sertu tangan saya dan adakah saya perlu untuk sertu barangan lain yang telah saya pegang dengan tangan saya itu?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, tidak berlaku secara yakin akan sebarang sentuhan secara langsung dengan daging babi tersebut, mahupun darah atau kesan basahan daripada daging babi tersebut. Oleh itu, tangan serta barangan lain yang dipegang tidak perlu disertu.
Sekian, terima kasih.