Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,saya nak Tanya,saya ada membasuh seluar dalam saya yang terkena kencing saya menggunakan air paip Dan saya alirkan ke seluar dalam saya tu lepas tu saya bau tak ada bau kencing dah lepas tu saya letak sabun kat seluar saya tu Dan saya basuh ia.dan ia berbau sabun.saya lepas tu sidai seluar saya tu dan ia kering.tapi ustaz masa saya kemas2 barang saya,seluar dalam tu macam kena air sikit tapi bukan air kencing,air biasa ja,lepas tu saya bau dan ada bau kencing.saya bau kat seluar dalam tu ada tempat yang bau kencing,lepas tu saya basuh lagi dan guna sabun juga,lepas tu saya biar saya tak sidai,esok tu saya bau kat seluar dalam tu ada lagi tempat yang bau kencing,macam mana ya ustaz,saya jadi was2 ustaz sebab seluar dalam tu saya ingat dah cuci tapi Masih ada bau sikit.saya tak letak sabun yang cukup Dan tak kena semua tempat ka ustaz,macam mana pula tempat2 yang saya pegang lepas pegang seluar dalam tu ustaz bernajis juga ka ustaz,kejadian ni dah beberapa hari,jadi tempat yang saya pegang tu mungkin dipegang oleh orang lain,macam mana ustaz saya nak cuci semua tempat tu?adakah saya perlu cuci atau tak ustaz?saya jadi was2 ustaz.saya harap ustaz dapat bantu saya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, jika telah alirkan air paip, letak sabun, dan bilas sehingga tiada kesan warna, bau, atau rasa air kencing tersebut, maka ianya telah suci daripada najis air kencing tersebut. Kesan bauan yang ringan itu tidak membatalkan hukum suci, kerana bau boleh tertinggal walaupun najis telah hilang. Oleh itu, seluar dalam tersebut kekal suci. Manakala tempat-tempat yang telah dipegang setelah memegang seluar dalam tersebut turut tidak bernajis serta tidak menajiskan orang lain yang memegang kawasan tersebut. Tidak perlu dicuci kawasan yang telah dipegang kerana ia kekal suci.
Sekian, terima kasih.