Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Kalau cuci air kencing mula2 yakin tkde bau,warna dan rasa,waktu tgn basah dh pegang seluar,bila keluar dari tandas,saya bau balik tgn nmpknya masih ada bau dia, ada kemungkinan bau lain sbb saya ada pgg sekali panty liner dan baunye mmg sama mcm hancing tapi tu mungkin saya nk mengelak.saya mungkin juga tk bau seluruh tangan waktu mula2 jadi tak perasan masih ada bau.adakah seluar tu najis dan macam mana dia berpindah ke tempat lain sbb saya ada duduk atas katil.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, terdapat kaedah fiqh yang menyatakan:
Maksud: Asal bagi sesuatu itu adalah suci sehingga terdapat bukti yang menunjukkan ia menjadi najis.
Maka, tangan, seluar atau tempat lain yang diragui terkena najis dianggap suci selagi tidak ada bukti yang yakin bahawa ia terkena najis. Jika bau yang puan hidu itu tidak pasti sama ada daripada air kencing atau bau lain seperti panty liner atau bau kebiasaan hasil daripada kawasan yang lembab seperti celah kelangkang atau pelipat, maka ia tidak dihukumkan sebagai najis.
Perasaan ‘mungkin’ terkena najis, ‘mungkin’ bau itu air kencing atau ‘mungkin’ tangan masih ada bau semuanya berada dalam kategori zhan (sangkaan) dan wahm (was-was). Sedangkan kaedah fiqh menyebut:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan.
Manakala bagi situasi najis berpindah atau tidak, jika yakin najis tersebut benar-benar wujud ainnya dan telah dikenalpasti (bukan sekadar syak) serta berada dalam keadaan basah lalu bersentuhan dengan permukaan atau sesuatu yang basah, maka keadaan tersebut menyebabkan najis berpindah. Melihat kepada situasi puan, tangan puan yang basah tetapi tidak yakin terdapat padanya najis, maka tempat yang puan sentuh selepas itu termasuk katil tidak dihukumkan bernajis.
Sekian, terima kasih.