BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum

saya ingin bertanyakan tentang darah haid dan istihadah

info berkaitan saya: bln 10/2024 sy mengambil suntikkan hormon utk ivf, selepas dari itu haid sy datang lewat selalunye, beberza dengan bln nie. haid sy sangat2 tidak teratur. cycle day bg haid saya 25 hari selalunya.

day 1 - day 6 : period (darah yg banyak)
day 7-day 12 : suci
day 13- day 15 : period (darah yg banyak)
day 16 - day 21 : suci (ada spotty)
day 22 - day 25 : period (darah yg banyak)

tindakkan saya, selepas saya rujuk pada jadual haid dan istihadah..day 1-day 6 sy mengambil kira as darah period, dan yang lain darah istihadah, akan tetapi pada hari ini, day 1 sy, hanya spotty kekuningan, dan bagi utk hari ini sy tidak berpuasa dan tidak solat..tetapi kini sy meragui btul atau tidak kiraan sy? apa hukum saya solat dan berpuasa pada day 22- day 25, apa hukum saya pegang mushaf alquran dan apa hukum saya membaca? adakah saya berdoa? saya mohon pencerahan..dan jika akan datang darah keluar selepas 6 hari (selepas tgk corak darah keluar dari day 1, gap nya 6 hari)? yg mana sy satu darah haid? 

 

sy berharap pihak mufti dapat membantu saya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, tempoh sebanyak-banyak haid adalah 15 hari 15 malam. Manakala tempoh minimum suci adalah 15 hari 15 malam. Namun begitu, jika darah yang keluar melebihi tempoh maksimum haid, ia bermaksud berlaku percampuran darah antara darah haid dan istihadah. Ia perlu ditentukan dengan dua kaedah iaitu kaedah tamyiz dan kaedah adat.  Merujuk kepada persoalan, 

Hari 1- Hari 6:  6/3/2025: 6 hari darah yang keluar memenuhi syarat haid iaitu melebihi 24 jam atau sehari semalam

Hari 7 - Hari 12: 6 hari dianggap sebagai darah telah berhenti.

Hari 13 - Hari 15: 3 hari darah datang semula pada tanggapan awal dihukumkan sebagai darah haid berikutan darah yang keluar masih dalam tempoh maksimum haid (15 hari 15 malam). Namun begitu, darah masih keluar melebihi tempoh maksimum haid yang menyebabkan berlaku percampuran darah haid dan istihadah. 

Hari 16 - Hari 21: 6 hari darah berwarna coklat lendir dan keluar hanya sedikit-sedikit (menurut perbualan telefon pegawai mufti dan puan). Darah ini bersambung dengan hari sebelumnya yang perlu ditentukan jenis darah melalui dua kaedah iaitu (1) kaedah tamyiz (perbezaan jenis dan sifat darah). JIka darah kuat adalah haid manakala darah lemah adalah darah istihadah. (2) Kaedah Adat iaitu mengikut adat kebiasaan haid bulan sebelumnya. 

*merujuk kepada soalan, darah yang keluar pada hari pertama hingga ke enam sahaja dihukumkan sebagai darah haid. Manakala darah yang keluar semula pada hari ke 13 hingga hari 21 dihukumkan sebagai darah istihadhah. 

Hari 22 - Hari 25: 4 hari darah datang semula dihukumkan sebagai darah haid kerana ia merupakan kitaran baru haid puan. Jadi, solat dan puasa yang dilakukan pada hari ke 22 hingga hari ke 25 adalah tidak sah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image