BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan : Assalamualaikum.

Saya mempunyai anak OKU pembelajaran Intelek. Pada tahun ini anak saya mendapat tawaran menunaikan ibadah haji. Apakah hukum menunaikan fardu haji untuknya,  memandangkan beliau tidak dapat pergi sendiri.

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengikut taklif yang diwajibkan ke atas seseorang itu melaksanakan sesuatu ibadah perlu ada pada individu tersebut Ahliyyat al-Adāʾ yang sempurna (Ahliyyat al-Adāʾ al-Kāmilat). Kategori ini melibatkan individu yang telah mencapai tahap baligh dan berakal sempurna. Keadaan ini tidak hanya bergantung kepada tanda-tanda baligh yang muncul, namun ia terikat dengan pemilikan akal yang sempurna. Kedudukan taklif ibadah haji pula, para fuqaha bersepakat bahawa golongan OKU cacat mental yang tiada Ahliyyat al-Adāʾ al-Kāmilat digugurkan daripada kewajipan ibadat haji. Manakala golongan yang memiliki kecacatan ringan memerlukan pembimbing sepanjang proses ibadat haji dijalankan untuk menjamin keselamatannya. Jika tiada pembimbing yang menemani mereka ia termasuk dalam kategori tiada kemampuan. Justeru, jika anak puan tidak mempunyai kemampuan dalam menguruskan diri sendiri bagi menunaikan haji maka tidak diwajibkan baginya untuk menunaikan fardu haji tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image