Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam Ustaz,
Saya ingin bertanyakan soalan mengenai musafir. Saya dan keluarga merancang untuk bercuti ke China selama 7 hari. Itinerari kami adalah seperti berikut:
Hari pertama: Tiba di airport China, dan bergerak ke bandar hotel tempat kami menginap menggunakan kereta api. Kami check-in di hotel pada hari pertama.
Hari kedua dan hari ketiga: Bersiar-siar di kawasan sekitar bandar hotel tidak melebihi 2 marhalah.
Hari keempat: Bergerak ke bandar lain yang jaraknya lebih 2 marhalah menggunakan kereta api, dan pulang semula ke hotel pada hari yang sama.
Hari kelima: Bergerak ke bandar kedua yang jaraknya lebih 2 marhalah menggunakan kereta api, dan pulang semula ke hotel pada hari yang sama.
Hari keenam: Bersiar-siar di kawasan sekitar bandar hotel dan rehat.
Hari ketujuh: Bergerak ke airport dan pulang ke tanah air.
Soalan saya. Adakah saya dibenarkan untuk solat jamak dan qasar sepanjang tempoh saya di sana?
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, antara syarat sah bagi melakukan solat secara jamak dan qasar adalah;
Berdasarkan kepada itinerari yang diberikan, setibanya di hotel pada hari pertama, tuan telah berniat atau bercadang untuk bermusafir pada hari keempat. Ini bermakna, tuan akan menetap kurang daripada 4 hari dan tidak dianggap sebagai bermukim. Tuan diharuskan untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar pada hari pertama, kedua dan ketiga.
Begitu juga pada hari keempat dan kelima, tuan diharuskan untuk melakukan solat secara jamak dan qasar kerana bermusafir. Tuan juga diharuskan melakukan demikian pada hari keenam, kerana tidak memenuhi syarat sebagai bermukim. Secara ringkasnya tuan diharuskan untuk melakukan solat secara jamak dan qasar sepanjang perjalanan tuan di sana.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.