BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan,

 

Saya nak bertanya satu soalan. Bolehkah seorang bapa membayar zakat untuk anak lelaki dan menantu perempuannya. Adakah sah zakat yang dibayar oleh beliau. Perlukah anak lelaki beliau membayar sekali lagi untuk diri dan isterinya.

 

Sekian, Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Islam yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kewajipan membayar zakat fitrah bergantung kepada syarat-syaratnya iaitu Islam, wajib menunaikannya apabila terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan dan memiliki lebihan harta untuk dirinya dan tanggungannya pada siang dan malam hari raya. Oleh itu, tanggungjawab bagi setiap individu Islam apabila cukup syarat seperti yang dinyatakan di atas, maka dia wajib untuk menunaikan zakat fitrah bagi dirinya sendiri serta tanggungannya yang wajib dinafkahi seperti anak yang masih kecil dan isteri.

Kayu ukur mampu bekerja bagi anak yang telah baligh juga turut dihuraikan oleh Imam Abu Bakar al-Dumyati di dalam I’ānah al-Ṭālibīn ‘Alā Ḥal Alfāz Fatḥ al-Mu’īn:

قوله: قادر على كسب أي أو عنده مال

 ولو قال غني – كالذي قبله – لكان أولى

Maksudnya: Kata-katanya: Mampu untuk berusaha (bekerja) bermaksud dia mempunyai harta, jika menggunakan lafaz ‘kaya’ - sebagaimana yang disebutkan sebelum ini- nescaya ia lebih baik.

Namun begitu, sekiranya bapa sudi untuk membayar zakat fitrah bagi pihak anaknya dan tanggungan anaknya maka zakat tersebut sah dan tidak perlu dibayar semula untuk kali kedua sekiranya zakat tersebut dibayar dengan izin anak terlebih dahulu.

Sebagai maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:
https://www.muftiselangor.gov.my/2024/04/04/hukum-bapa-bayarkan-zakat-fitrah-untuk-anak-yang-telah-baligh/

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image