BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.saya ade 1 soalan.

Ayah saya meninggal pada tahun 2023.ayah saya ade tinggalkan tanah.nama telah ditukarkan kepada 2 nama iaitu nama kakak saya.hasil jualan tanah tersebut perlu difaraidkan.kakak arwah ayah juga ada bahagian.sekarang tanah tersebut belum lagi terjual..tetapi ada hasil menambung Dari tanah tersebut...adakah hasil dari menambung itu perlu dibahagikan jugak kepada kakak arwah atau hanya hasil jualan tanah sahaja yang perlu dibahagikan kepada kakak arwah..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan dan fakta kes yang diterima melalui panggilan telefon, hasil menambung dari tanah si mati (ayah) yang telah ditukar nama kepada 2 nama itu perlulah dibahagi mengikut faraid kepada ahli waris yang layak ke atas harta pusaka si mati.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image