BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ada pertanyaan yang saya nak kepastian, sebagai seorang muslim saya amat risau berkenaan  keberkatan gaji yang diterima.

Persoalan saya, syarikat B dan C merupakan syarikat media yang boss ada tetapi syarikat pertama boss merupakan syarikat judi.

Apakah hukum bekerja di syarikat media tersebut walaupun tiada urusan langsung di syarikat casino tersebut. tetapi disebabkan dia ada syarikat judi  dan merupakan syarikat yang paling berjaya dalam tiga tiga syarikat yang dia ada, adakah haram bekerja di syarikat media tersebut walaupun tiada urusan langsung berkaitan perjudian, saya risau lebih tertumpu berkaitan  keberkatan gaji yang diterima walaupun bekerja sebagai media dan tiada penglibatan langsung di syarikat judi tersebut.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum bekerja di syarikat tersebut adalah harus jika syarikat tersebut tidak terkait dengan sebarang unsur yang haram seperti judi, riba dan sebagainya. Ini kerana pengoperasian syarikat tuan bergerak secara asing dan tidak terkait dengan syarikat judi yang mana pembayaran gaji pekerja adalah bergantung pada pengoperasian syarikat tersebut, bukan dari sumber syarikat judi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image