Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang darah haid. Saya mula haid pada 6hb dan haid berhenti pada 13hb. Oleh itu, saya mula berpuasa. Walau bagaimanapun, pada 17hb keluarnya warna coklat-coklat kemudian berhenti tetapi pada 20hb masih terdapat warna putih kekuningan. Soalan saya, adakah warna putih kekuningan itu masih dikira haid dan adakah puasa saya pada 14,15,16 itu sah?
Jawapan
Ingin dijelaskan terlebih dahulu, kebiasaan warna darah haid ialah kehitaman, merah, kuning atau warna keruh seperti tanah atau air kotor dan berbau. Merujuk kepada penyataan puan, terdapat dua kemungkinan yang terjadi disebabkan kurang jelas pada maklumat yang diberikan.
a. Darah kekuningan berterusan selepas 20hb.
b. Darah kekuningan berhenti pada 20hb.
1. Apabila darah kekuningan berterusan selepas 20hb = Darah haid bercampur dengan istihadhah. Tempoh maksimum bagi kitaran haid adalah 15 hari 15 malam. Manakala tempoh minimumnya adalah sehari semalam (24 jam). Secara asasnya, darah yang keluar berterusan melebihi tempoh maksimum haid menunjukkan berlakunya percampuran antara darah haid dan darah istihadhah. 20hb adalah hari terakhir tempoh sebanyak banyak haid. Bagi menentukan perbezaannya, ia boleh dikenal pasti dengan dua kaedah, iaitu:
2. Apabila darah kekuningan berhenti pada 20hb = 20hb itu dikira hari terakhir haid iaitu sebanyak-banyak tempoh haid (15 hari). Tempoh hari yang tidak keluar haid telah berlakunya naqa’. Ia dikategorikan sebagai naqa’ kerana masa tersebut tidak melebihi 15 hari yang berada di celah-celah darah haid. Yakni jika dihitung hari-hari keluar darah haid pertama dan akhir bersama dengan hari naqa’ yang berada di antara kedua-duanya, ia tidak melebihi 15 hari iaitu tempoh paling maksimum haid. Tempoh naqa’ ini dihukumkan haid juga. Maka tempoh haid puan selama 15 hari, 6hb sehingga 20hb.
Kesimpulannya, puasa pada 14,15 dan 16hb dikira sah jika darah kekuningan berterusan selepas 20hb kerana ia dihukumkan istihadhah, mengikut kaedah tamyiz atau adat. Adapaun sekiranya darah kekuningan berhenti 20hb, maka puasa 14,15 dan 16 tidak sah dan perlu diganti kerana tempoh itu masih dikira dalam fasa haid.
Sekian, terima kasih.