BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan saya merupakan soalan yang berkaitan dengan aqidah, adakah Allah SWT boleh mencipta sesuatu yang lebih hebat atau lebih berkuasa daripadaNya? Jika tidak, mengapa? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, antara sifat yang wajib bagi Allah ialah “قُدرة” (Maha Berkuasa). Tegasnya, Allah Maha Berkuasa mencipta apa sahaja yang dikehendakinya. Inilah prinsip akidah yang wajib dipegang (diimani). Bagaimanapun, kekuasaan Allah SWT itu tertakluk kepada perkara-perkara yang mustahil yang juga wajib dipegang (diimani). Dengan iktikad lain, Allah tidak akan menciptakan sesuatu yang lebih hebat daripada kekuasaanNya, kerana itu adalah sifat yang mustahil kepada Allah SWT. Kekuasaan Allah tidak ada tandingannya (Maha Berkuasa) dan mustahil wujud makhluk lain yang lebih berkuasa dari Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 93

message user image