BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan, jika saya terpijak darah anjing semasa menaiki motor semasa hujan, tayar tersebut confirm kena darah tetapi berkemungkinan magat motor dan bahagian motor yang dekat dengan tayar tu terkena darah sebab sy memandu motor dalam keadaan sederhana laju dan sempat brek tetapi blh jadi terpercik juga dekat magat motor saya, tayar moto telah saya pijak atas air hujan di jalan selepas bbrp kilometer baru jumpa tanah dan saya lalukan motor diatas tanah tersebut, soalan saya:

1.Adakah betul tindakan saya lalukan tayar motor atas tanah macam tu je untuk sertu?kalau sah sertu macam tu,kene lalukan tayar depan dulu lpastu cari tanah dikawasan lain pula untuk tayar belakang?( sbb tayar belakang akan sentiasa memijak tanah yang dipijak oleh tayar depan dan menyebabkan tidak sah sertu tersebut) ke kena undurkan tayar belakang?

2. Bagaimanakah magat motor saya yang agak sukar utk dibasuh kecuali kena cabut atau buka dulu tayar dulu baru boleh basuh sebab selagi tidak dibasuh bahagian dalam tu air hujan dari jalan akan sentiasa kena kepada magat itu melalui percikan air tayar yang menyebabkan menitis air hujan dari magat yang belum disertu, setiap  hari saya akan basuh motor, jadi air basuhan motor akan terkena bahagian luar magat dan tayar motor yang terkena air dari percikan air hujan walaupon darah tersebut mungkin telah hilang. 

3.Adakah lantai dari basuhan tayar motor td juga akan jadi najis dan bagaimanakah jika saya da pijak merata²? 

4. Jika pijakan saya atas lantai tersebut yang atas simen yang telah terkena panas matahari dan hujan tapi xkena tanah telah dikira suci?

5.bagaimana pula yang ditempat teduh? 

Please jawab tuan please

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam Islam, sesuatu itu dianggap suci selagi tidak ada bukti yang jelas ianya bernajis atau terkena najis. Jika anda hanya ragu-ragu tanpa kepastian, maka kawasan tersebut dianggap suci dan tidak perlu untuk  melakukan sertu. Sehubungan itu, jika menghukumkan sesuatu itu adalah bernajis hanya sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Jika sekadar ragu-ragu atau samar-samar tanpa bukti yang kukuh, anda tidak perlu sertu. Islam tidak membebankan seseorang dengan perkara yang tidak jelas dan mengelakkan diri daripada perasaan was-was.

Oleh itu, merujuk kepada persoalan yang diajukan:

Melanggar darah anjing pada tayar motosikal dalam keadaan hujan lebat, tidak perlu disertu tayar tersebut, melainkan terdapat kesan darah pada tayar selepas tayar itu kering. Sertu bahagian yang terdapat darah itu sahaja. Seandainya tidak dapat dipastikan darah tersebut, maka tayar itu tidak perlu disertu.

1. Tayar itu tidak perlu disertu. 

Melanggarkan tayar ke tanah sehingga hilang ain atau kesan najis seperti bau, warna dan rasa, menjadikan tayar itu bersih, akan tetapi tidak suci. Ia tetap perlu disertu dengan mengalirkan air bercampur tanah dan 6 kali  air mutlak. 

2. Magat motosikal tidak perlu disertu kerana ia hanya sekadar andaian sahaja. 

3. Basuhan tayar itu tidak menjadikan lantai menjadi bernajis.

4. Simen lantai itu tidak jadi bernajis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image