Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan, nak tnya.. Ada ke bantuan zakat untuk keluarga yg ibu bapa tidak berkerja. (Bapa potong kaki dan kencing manis & ada mental illness) (ibu suri rumah sepenuh masa). Bantuan tersebut untuk ibu yang sudah berusia dan tidak dapat bekerja.
Semasa bapanya masih mempunyai kwsp, bapanya memberi Wang tersebut kepada orang yang tidak di kenali dan menghabiskan sakibaki simpanan itu dengan memberi kepada orang2 tidak di kenali tersebut. Bapanya berkata kesian kepada orang2 itu sedang kan tanggungjawab sebagai bapa adalah untuk memberi nafkah kepada keluarganya sendiri.. Walhal keluarganya dan diri sendiri memerlukan untuk terus kehidupan. Untuk makluman ayahnya memiliki bacaan kencing manis melebihi 20 kiraan setiap masa dan kaki terpaksa di potong dan selepas itu disahkan Dr memiliki salah satu penyakit mental illness dan disyaki telah lama sebenarnya kerana kecenderungan yang tidak logik.
Anak2 terdiri daripada sulung perempuan yang bekerja(akan berkhawin), anak kedua perempuan masih belajar University, anak ketiga lelaki masih mencari halal tuju dan tidak berkerja dan last anak ke empat masih bersekolah rendah.
Diharap dapat pencerahan berkenaan bantuan zakat yang boleh diperoleh untuk memudahkan si ibu mengharungi.
Terima kasih.
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Dalam permasalahan ini, encik dinasihatkan agar merujuk kepada Lembaga Zakat Negeri Selangor untuk mendapatkan semakan kelayakan bantuan yang boleh disalurkan bagi situasi yang dialami. Lembaga Zakat Negeri Selangor adalah sebuah entiti yang memainkan peranan penting dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor. Objektif utama LZS adalah memperkasa pengurusan zakat, memaksimumkan kutipan, dan meningkatkan keberkesanan agihan. Justeru disarankan agar encik merujuk ke pihak LZS untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung permasalahan yang dihadapi. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita.
Sekian, terima kasih.